MUHAMMAD FAIZ SALIHIN BIN MOHD KHAIDZIR SK JALAN MATANG BULUH
“Anti-Sleep Watch” merupakan sebuah jam tangan pintar yang direka bagi membantu pengguna mengatasi masalah microsleep atau terlelap secara tidak sedar, khususnya ketika memandu, bekerja dan belajar. Ciptaan ini menggunakan sensor nadi (pulse sensor) untuk memantau kadar denyutan nadi. Apabila ia mengesan kadar penurunan nadi yang ketara iaitu tanda-tanda awal keletihan dan mengantuk, jam tangan ini akan memberikan amaran segera melalui bunyi buzzer yang kuat bagi menyedarkan pengguna. “Anti-Sleep Watch” diprogram menggunakan mikro pengawal Arduino dan bahasa komputer (C Language). Turut dilengkapi dengan paparan LCD yang menunjukkan kadar denyutan nadi. Inovasi ini dihasilkan sebagai langkah pencegahan awal bagi mengurangkan risiko kemalangan dan meningkatkan keselamatan serta produktiviti pengguna dalam kehidupan harian. Ciptaan ini sesuai digunakan oleh pelajar, pengawal keselamatan dan pemandu yang sering menghadapi masalah keletihan atau kurang tidur.