YS966: SAMBAMU

NURUL HIDAYAH FARHANA BINTI RAZALI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN MANSOR

VIC26 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 1 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

SAMBAMU

 

Tengku Mastura binti Tengku Mokhtar

Wan Nurul Izza binti Wan Mokhtar 

Nurul Hidayah Farhana binti Razali

Nur Husnina Qaisara binti Mohd Hamdan

Nur Arisha binti Mohd Padzli

Nur Fatin Najwa binti Saiful  Bahari

Muhammad Ilyas Syaqirin bin Ibrahim

 

1 SMK SULTAN MANSOR

 

tengkumas2ra@gmail.com

 

 

ABSTRAK

 

Kajian ini dijalankan untuk membangunkan produk inovasi SAMBAMU  yang dapat memberikan manfaat dalam PdPC pelajar PVMA Penyediaan dan Pembuatan Makanan. SAMBAMU merupakan satu inovasi produk makanan berasaskan asam jawa muda yang diolah menjadi sambal moden beridentitikan rasa tempatan. Inovasi ini dihasilkan bagi memanfaatkan potensi asam jawa muda yang kaya dengan asid organik semula jadi, vitamin C dan sebatian fenolik yang berfungsi sebagai antioksidan.SAMBAMU sesuai dijadikan sebagai menu iringan Hidangan Utama yang telah diajar dalam CU04 Main Course terdapat dalam NOSS HT-012-2:2012 Penyediaan dan Pembuatan Makanan.Gabungan asam jawa muda dengan bahan semula jadi lain menghasilkan tekstur sambal yang seimbang serta profil rasa unik berkonsepkan pedas segar. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang guru dan pelajar di SMK Sultan Mansor, Kuala Terengganu. Terengganu. Pengkaji menggunakan soalselidik secara maya (Google Form) dan pengagihan sampel sebagai instrument kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan purata peratusan setuju berada pada tahap tinggi dalam menjawab persoalan tentang tahap pengetahuan pelajar dan guru mengenai Asam Jawa Muda (90%), tahap penerimaan warga SMK Sultan Mansor terhadap penggunaan Asam Jawa Muda dalam SAMBAMU (95%).Secara keseluruhannya,warga SMK Sultan Mansor dapat menerima yang inovasi SAMBAMU bukan sahaja menawarkan kelainan dari aspek rasa dan aroma, malah menyumbang kepada nilai kesihatan dan kelestarian bahan tempatan melalui pendekatan saintifik dalam pemprosesan makanan

 

Keywords:SAMBAMU