PR1005: SmartMPU AI

MOHD FAIRUZ JAMALUDDIN KOLEJ POLY-TECH MARA (KPTM) BANGI

VIC26 | Professional

CR: 0.0000 | 0 Likes | 1 Views | 2 times | LS: 2.0
Like it? | Support them now!

Mata Pelajaran Umum (MPU) merupakan subjek wajib di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia. Namun, terdapat naratif negatif dan tanggapan dalam kalangan pelajar bahawa MPU merupakan subjek yang kurang diminati serta agak sukar untuk dikuasai. Oleh itu, MPU memerlukan kaedah pembelajaran yang mampu meningkatkan motivasi, menarik minat, dan membentuk sikap positif dalam kalangan pelajar. Justeru, satu aplikasi yang dikenali sebagai SmartMPU AI dicadangkan sebagai pendekatan pembelajaran digital yang boleh digunakan bagi pelbagai subjek MPU. Aplikasi ini berasaskan empat elemen utama iaitu gamifikasi, pembelajaran pintar (AI), paparan khas pensyarah, dan multi-platform. Pendekatan ini bertujuan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan interaktif kepada pensyarah serta pelajar, sama ada secara bersemuka mahupun dalam talian. Sehubungan itu, SmartMPU AI merupakan inovasi pembelajaran digital berasaskan gamifikasi yang berpotensi mentransformasikan subjek MPU kepada pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif, menyeronokkan, dan berimpak tinggi.