JS1755: PAPERGLOW

NURSAFIYYA AMNA BINTI JASNI SK KUALA KUBU BHARU

 

PaperGlow merupakan inovasi pengelap cermin mesra alam yang dihasilkan menggunakan surat khabar terpakai. Projek ini dibangunkan bagi mengatasi masalah pembaziran kertas, peningkatan sisa domestik dan kesan tompokan pada permukaan cermin selepas pembersihan. Inovas ini mengaplikasikan konsep sains seperti penyerapan, geseran dan struktur mikro serat kertas untuk meningkatkan keberkesanan pembersihan. Bahan yang digunakan mudah diperoleh, kos rendah dan menyokong amalan teknologi hijau. PaperGlow mampu menghasilkan permukaan cermin yang lebih bersih, berkilat dan bebas streak. Selain menjimatkan kos pengguna,inovasi ini turut meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan kitar semula dan kelestarian alam sekitar.