YS1502: CHIBI CHARM ECO- CHAIN

NUR QALESYA SYUHADA BINTI ABDULLAH SMK AGASEH

VIC26 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 2 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Projek inovasi ChibiCharm Eco-Chain dihasilkan sebagai satu usaha kreatif untuk mengatasi masalah peningkatan sisa penutup botol plastik dalam komuniti Sekolah Menengah Kebangsaan Agaseh sehingga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Inovasi ini menukarkan penutup botol terpakai kepada rantai kunci (keychain) yang menarik, kreatif dan mempunyai nilai komersial. Projek ini dilaksanakan sepenuhnya oleh murid bermula daripada proses pengumpulan bahan terpakai, reka bentuk produk sehingga penghasilan produk akhir dengan bimbingan guru sebagai fasilitator.

Pelaksanaan projek menggunakan pendekatan Engineering Design Process (EDP) yang melibatkan lima fasa utama iaitu fasa tanya, sumbang saran, cipta dan uji, komunikasi serta penambahbaikan. Projek ini turut mengintegrasikan elemen STEM dan merentas beberapa mata pelajaran seperti Geografi, Sains, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) serta Pendidikan Seni Visual (PSV). Selain meningkatkan kesedaran murid terhadap amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle), inovasi ini juga bertujuan memperkukuhkan kefahaman murid tentang langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik serta memperkenalkan asas keusahawanan dan produk komersial.

Kos penghasilan produk ini sangat rendah iaitu sekitar RM0.20 sahaja kerana kebanyakan bahan diperoleh daripada bahan terpakai dan sumber sedia ada. Hasil projek menunjukkan bahawa inovasi ChibiCharm Eco-Chain berjaya menghasilkan produk yang praktikal, mesra alam dan berpotensi untuk dikomersialkan. Selain itu, projek ini turut meningkatkan kemahiran komunikasi, kreativiti, kerja berpasukan dan pemikiran aras tinggi murid dalam menyelesaikan masalah komuniti secara inovatif dan lestari.