YS1114: I-SWAD

RAIF WAFIQ BIN JEFFRY SMK TUN TIJAH

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 1 Views | 17 times | LS: 17.0
Like it? | Support them now!

Intelligent Secure Water Device (i-SWAD) merupakan device system rumah pintar yang direka khas untuk untuk memberi amaran mengurangkan pembaziran air setelah aliran air dibiarkan terlalu lama di rumah atau di tempat lain. i-SWAD diprogramkan khas 2 dalam 1 iaitu mengesan pembaziran pengaliran air  dalam jangka masa yang diprogramkan dan juga mengesan pergerakan manusia yang berdekatan dengan pili air. Permasalahan sering berlaku apabila sering kali terlupa menutup pili air, tiada pengawasan penggunaan air oleh anak kecil tanpa disedari serta berlaku pembaziran air dalam jangka masa yang lama akibat paip bocor semasa ketiadaan di rumah. Sistem ini diprogramkan khas menghantar pesanan ringkas atau SMS kepada pemilik rumah kediaman atau nombor yang didaftarkan dan menutup injap secara automatik sekaligus memutuskan aliran air apabila isyarat tidak normal seperti terdapat aliran air yang terlalu lama berdekatan pili air  dan tiada pergerakan manusia. i-SWAD, sangat compact, ringan dan mudah dipasang (plug and play) mengikut kesesuaian persekitaran dan tempat, tidak membebankan dan lebih bernilai komersial. i-SWAD diubahsuai menggunakan built-in battery, supaya lebih mudah dan mesra pengguna. Ianya boleh dicas menggunakan battery power bank. Pemasangan struktur fizikal boleh diubahsuai menggunakan sepenuhnya bahan yang tahan lasak, ringan dan kalis air. Malah boleh juga digunakan mengenalpasti orang luar atau pencuri yang masuk ke dalam rumah semasa ketiadaan tuan rumah. i-SWAD  boleh juga diaplikasikan di tempat yang berskala besar seperti di tandas sekolah dan pusat beli belah.

Kata Kunci—i-SWAD, aliran air, , amaran.