Ainul Mardhiah Binti Mohamad Syafiq Safwan SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA
Penapis air mesra alam ini dibuat daripada bahan buangan kelapa seperti sabut kelapa, tempurung kelapa yang dijadikan arang, dan serat kelapa. Tujuannya adalah untuk membantu komuniti, terutama di kampung atau kawasan banjir, mendapatkan air bersih dengan cara yang murah dan mudah tanpa teknologi canggih. Penapis ini menggunakan lapisan-lapisan: daun kelapa kering untuk menyaring kotoran besar, sabut kelapa untuk menangkap kotoran kecil, arang tempurung kelapa untuk menghilangkan bau dan bahan kimia, serta serat kelapa padat sebagai penapis akhir. Air yang ditapis boleh digunakan untuk mencuci badan, pakaian, atau pinggan, tapi tidak sesuai untuk diminum tanpa rawatan lanjut. Kajian menunjukkan bahan kelapa sangat baik untuk menyaring air secara semula jadi. Penapis ini murah, boleh dibuat sendiri, dan membantu menjaga alam sekitar, terutama semasa bencana.
Penapis air, bahan kelapa, sabut kelapa, arang tempurung kelapa, serat kelapa, mesra alam, banjir, komuniti luar bandar, penapisan semula jadi, bencana, lestari, DIY.