YS1244: SMART PRECISION CUTTER

MUHAMAD HAZANI BIN AHMAD KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR

VIC26 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 2 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Pemotong kabel konvensional merupakan alat asas yang digunakan secara meluas di bengkel industri, tapak kerja, institusi latihan, mahupun untuk kegunaan domestik di rumah bagi proses pemotongan kabel dan pembuangan penebat. Walau bagaimanapun, kaedah manual ini mempunyai kekangan kritikal seperti memerlukan tenaga fizikal yang tinggi, kebergantungan kepada kemahiran individu, serta risiko ralat manusia yang melambatkan produktiviti dan menyumbang kepada pembaziran sisa kabel. Bagi mengatasi masalah tersebut, projek Smart Precision Cutter (SPC) diperkenalkan sebagai sebuah sistem pemotong kabel automatik berketepatan tinggi. Selaras dengan aplikasi silibus pembelajaran teknologi semasa di peringkat kolej, projek ini dibangunkan berasaskan mikropengawal Arduino sebagai unit kawalan utama. Sistem SPC ini mengintegrasikan komponen motor stepper untuk kawalan pergerakan dan pemotongan yang jitu, panel paparan LCD sebagai antaramuka mesra pengguna, serta sistem butang pemilih untuk operasi separa automatik. Hasil inovasi ini membuktikan bahawa penggunaan SPC dapat meminimumkan penggunaan tenaga fizikal dan memudahkan pengendalian proses kerja, terutamanya bagi pengguna pemula. Kesimpulannya, pembangunan projek SPC ini bukan sahaja berjaya mempraktikkan teori pembelajaran mikropengawal ke dalam bentuk aplikasi praktikal, malah berupaya meningkatkan kemahiran pengguna, mengoptimumkan produktiviti kerja, dan mengurus sisa buangan kabel dengan lebih efektif ke arah pembaziran sifar (zero-waste).