PR1751: UQUIZ

MUHAMMAD AIRIL BIN MOHAMAD ARIFIN SJKC BERTAM VALLEY

VIC25 | Professional

CR: 0.0000 | 0 Likes | 5 Views | 17 times | LS: 17.0
Like it? | Support them now!

Uquiz ialah inovasi pengajaran Bahasa Melayu yang menggabungkan elemen permainan kad Uno dan platform Quizziz. Inovasi ini dibangunkan bagi menangani masalah murid yang sering melakukan kesalahan dalam membina ayat menggunakan kata kerja aktif transitif dan tak transitif. Melalui penggunaan kad berwarna yang mewakili elemen ayat serta aktiviti kuiz digital, murid dilatih membina ayat secara lebih menyeronokkan, kontekstual dan gramatis. Hasil pelaksanaan menunjukkan peningkatan penguasaan kata kerja, pemahaman konteks ayat serta penglibatan aktif murid. Perkara ini jelas melalui dapatan dalam kalangan kumpulan rawatan yang lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan. Inovasi ini berpotensi diperluas dan dikomersialkan sebagai alat bantu mengajar berkesan kerana kata kerja merupakan topik yang wajib diajar di sekolah rendah serta bahan yang mudah disebar luas.