SITI CAHAYA SALSABILA BINTI MOHD SARKAWI AFFENDY SEKOLAH RENDAH ISLAM AL AMIN KERAMAT
Projek Inovasi Kebun Mini Ceria memperkenalkan sistem pertanian hidroponik moden kepada murid sekolah rendah menggunakan bahan kitar semula. Inovasi ini direka khusus untuk mengatasi masalah kekurangan ruang dan cahaya matahari di kediaman bandar. Keunikan projek ini terletak pada penggunaan bumbung telus yang dilengkapi lampu LED spektrum biru dan merah bagi mengoptimumkan proses fotosintesis tumbuhan. Berteraskan pengisian STEM, ia menyokong beberapa matlamat SDG seperti Sifar Kelaparan dan Pendidikan Berkualiti. Projek hands-on ini bukan sahaja memupuk kreativiti dan kesedaran kelestarian alam sekitar, malah mempunyai nilai komersial sebagai kit pendidikan DIY.