SITI NURMAISARAH BINTI MUSDIAR SMK PENRISSEN
MBM’sss
SITI NURMAISARAH BINTI MUSDIAR
VALERIE SUZANNE ANAK HENDRIK
ZUWIENAH SARI BINTI MOHAMAD SARI SHANNON
GURU PEMBIMBING: CIKGU NURNADIA IZZATIE BINTI ALIAS
Permainan "MBMsss" telah direka sebagai satu alat pembelajaran interaktif untuk membantu pelajar memahami proses pembahagian sel melalui pendekatan yang menyeronokkan. Dalam permainan ini, papan dam ular disesuaikan dengan laluan-laluan yang mewakili fasa-fasa mitosis dan meiosis. Pelajar yang mendarat di petak-petak tertentu akan perlu menjawab soalan atau menghadapi situasi yang mencerminkan peristiwa penting dalam kedua-dua jenis pembahagian sel. Jika jawapan betul, pelajar akan terus ke hadapan, tetapi jika salah, mereka mungkin perlu bergerak ke belakang. Objektif permainan ini adalah untuk membantu pelajar mengingati urutan dan fungsi setiap fasa dalam mitosis dan meiosis dengan lebih berkesan, serta memahami perbezaan kritikal antara kedua-dua proses ini. Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan permainan "MBMsss" dalam meningkatkan pemahaman pelajar terhadap konsep-konsep ini. Permainan ini bukan sahaja meningkatkan pemahaman pelajar tentang proses pembahagian sel, tetapi juga menjadikan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Kesimpulannya, "MBMsss" adalah alat pendidikan yang berkesan untuk mengajar sains dengan cara yang menyeronokkan dan dalam masa yang dapat menggunakan aplikasi permainan dalaman.