JS1693: MUJAM KALAAMY

SITI NUR HASYA KHAIRINA BINTI HERMAN SK PULAU INDAH 2

VIC26 | Junior Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 3 Views | 2 times | LS: 2.0
Like it? | Support them now!

Mujam Kalaamy merupakan kamus Bahasa Arab bersifat digital dicipta untuk membantu murid menguasai frasa kata sapaan Bahasa Arab beserta maksudnya bagi menangani isu penguasaan mufradat yang lemah dalam kalangan murid. Mu’jam ini dibangunkan melalui Canva dan Telegram Bot menjadikannya praktikal untuk digunakan dan mudah diakses. Mu’jam ini dilengkapi dengan gambar dan audio sebutan untuk membolehkan pengguna mempelajari mufradat secara pembelajaran kendiri dan terarah. Unsur AR yang diketengahkan dalam mu’jam ini dapat memaksimumkan pembelajaran digital murid dan memberikan pengalaman belajar secara 3D. Murid dapat melihat sendiri realiti situasi kehidupan berkaitan penggunaan frasa yang dipelajari. Dengan ini, penguasaan terhadap kosakata yang dipelajari akan memberikan kesan yang signifikan terhadap ingatan pengguna kerana adanya elemen AR yang bertindak sebagai bahan bantu belajar visual dan realistik. Mu’jam ini boleh diubahsuai mengikut keperluan murid dan tajuk pembelajaran. Penghasilannya juga tidak memerlukan sebarang kos memandangkan kesemua projek pembangunan inovasi ini dijalankan secara digital. Sekiranya mu’jam ini diperlukan secara lembaran, pengguna hanya perlu mencetak mu’jam untuk menghasilkan bahan maujud seperti kad nota bersaiz A5.