NOR AINA FARZANA BINTI ANUAR MRSM JOHOR BAHRU
Produk sunset hat ini direka untuk wanita muslimah yang sukar memakai topi kerana rasa ketat dan tidak selesa semasa memakai tudung. Inovasi topi ini adalah gabungan teknologi fesyen dan teknologi pembuatan. Topi ini mempunyai nilai estetika yang tinggi kerana dikait dan dilengkapi butang yang diperbuat daripada epoxy resin dan epoxy hardener di belakang topi yang digunakan sebagai pelaras ruang dan dijadikan hiasan. Butang ini juga boleh ditukar kerana topi ini dilengkapi dengan pelbagai butang dalam rekaan yang pelbagai dan menarik. Reka bentuk topi ini juga selesa, bergaya, dan sesuai dipakai bersama pelbagai jenis tudung kepala.