EIMAN NUR QISTINA BINTI MUHAMMAD SMK GHAFAR BABA
Produk inovasi ini merupakan sebuah alat pencuci tangan mekanikal yang direka dengan menggunakan bahan terpakai seperti botol plastik, straw, batang aiskrim dan kotak terpakai. Dispenser ini berfungsi tanpa memerlukan sumber elektrik atau bateri, menjadikannya mesra alam dan menjimatkan kos. Ia menggunakan prinsip tekanan udara di mana tekanan dikenakan ke atas cecair sabu sabun melalui mekanisme tuas, lalu menyalurkan cecair keluar melalui straw. Reka bentuk ini bukan sahaja menyokong amalan kitar semula, malah juga memupuk kesedaran terhadap kebersihan tangan dalam kalangan masyarakat. Inovasi ini sesuai digunakan di sekolah, rumah atau tempat awam sebagai alternatif yang mudah, berkesan dan kos efektif.