ST700: KERETA SORONG BERKUASA

NURUL SYUHADA AZWA BINTI ABDULLAH KOLEJ VOKASIONAL MELAKA TENGAH

Projek ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat yang kukuh bagi membuktikan penghasilan produk yang dijalankan ini dapat membantu masyarakat dalam memudahkan pekerja membawa barangan seperti simen, batu baur, pasir dan sebagainya untuk melakukan projek pembinaan. Projek ini juga dapat membuktikan kepada masyarakat bahawa ia yang dihasilkan mempunyai reka bentuk yang menarik dan kualiti yang tinggi. Produk yang dihasilkan ini dibuat bagi memudahkan pengguna untuk melakukan kerja-kerja pembinaan, pertanian dan sebagainya. Bagi produk yang telah dilaksanakan, projek ini menyasarkan semua golongan kerana produk yang dihasilkan sangat sesuai untuk golongan tersebut. Selain itu, produk ini tidak perlu pekerja mengangkat dan menolak kereta sorong ia nya kerana kami telah mencipta produk iaitu kereta sorong bermotor. Oleh itu, kereta sorong bermotor ini tidak perlu menggunakan tenaga pekerja dengan sepenuhnya kerana ianya dicipta menggunakan enjin motor yang berkualiti dan perlu dibawa dengan memulas dan menolak sahaja. Ianya dapat memudahkan bagi kerja-kerja pembinaan dan sebagainya. Soal selidik juga telah dibuat untuk mendapatkan maklumat tentang masalah dan penambahbaikan yang boleh dibuat bagi menghasilkan produk yang sempurna serta mesra alam.