NURSYAFIQAH BINTI AHMAD AWIS AL-QARNI SK SUNGAI SIPUT UTARA
ABSTRAK
Laporan ini bertujuan untuk penternak mengatasi pengurusan tinja kambing agar lebih efisen. Tinjauan mendapati pelupusan tinja kambing menjadi masalah utama yang dihadapi oleh penternak terutamanya dalam usaha untuk mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar. Tinja kambing yang tidak dapat dilupuskan dengan cara yang betul boleh menyebabkan pencemaran air, udara serta menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Hasil tinjauan mendapati bahawa kebanyakan penternak kurang memiliki pengetahuan mengenai kaedah pelupusan yang betul dan alternatif yang ada untuk memanfaatkan tinja kambing. Beberapa pendekatan boleh diambil seperti menghasilkan baja organik yang berpotensi dalam mengurangkan masalah pelupusan tinja kambing. Produk inovasi yang dinamakan EMH2o (Effective Microorganism Alkaline) dapat membantu penternak menghasilkan baja organik yang berkualiti. EMH2o mengandungi EM4 dan air beralkali PH 9.5. Penggunaan EMH2o dalam proses pembuatan baja organik dapat mengurangkan masalah bau tinja kambing serta ianya juga dapat mempercepatkan proses penguraian tinja kambing. Impak utama inovasi EMH2o dapat memberikan penternak mendapatkan sumber pendapatan tambahan dalam penghasilan baja organik sendiri. Produk inovasi EMH2o ini bukan sahaja boleh digunakan untuk tinja kambing sahaja malah ianya juga boleh digunakan pada tinja haiwan yang lain dan juga boleh digunakan pada sisa buangan dapur untuk dijadikan baja organik seterusnya menjadi sumber baja yang mesra alam sekaligus memberi manfaat kepada pertanian.