ADDEENA FARHA BINTI AHMAD AZWAN SEKOLAH KEBANGSAAN SRI TIRAM
Projek inovasi ini mengkaji dan menghasilkan penggunaan dua tumbuhan akuatik tempatan iaitu Azzola Pinnata dan Duckweed sebagai sumber bahan makanan ikan yang mmapan serta agen kawalan biologi terhadap rumpai air yang sering tumbuh di dalam sistem pengairan dan kebolehupayaan tumbuhan ini membantu dalam mengurangkan kos pengurusan sistem saliran dan perparitan oleh pihak berkuasa tempatan. Dengan menfaatkan bahan bahan sampingan pertanian seperti hampas soya, hampas kelapa, minyak masak terpakai, tepung ui kayu dan beras hancur, projek ini menghasilkan satu formulasi palet yang menjanjikan kandungan nutrien mencukupi untuk spesies ikan air tawar seperti talapia dan ikan keli, sambil mengurangkan kebergantungan kepada palet ikan komersial. Kajian merangkumi protokol pembiakan dan pemprosesan Azzola dan Duckweed, formulasi palet, ujian pemberian makanan untuk menilai kadar pertumbuhan, kecekapan penggunaan makanan, dan kadar survival ikan serta analisis kos untuk menilai potensi penjimatan bagi penternak dan pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa tempatan. Hasil awal menunjukkan bahawa palet yang telahdiinovasi ini dapat mengurangkan kos pengeluaran makanan tanpa memberi kesan negatif yang signifikan terhadap pertumbuhan ikan di samping mengurangkan masalah rumpai air yang tumbuh liar melalui pertumbuhan Azzola dan Duckweed yang menutupi permukaan air dan pengambilan nutrien oleh keua-dua tumbuhan ini.