Najlaa Alisha Binti Faiz SK BANDAR PENAWAR 2
Dalam dunia serba membangun ini, gangguan tidur individu menjadi isu yang semakin ketara disebabkan tekanan kerja, penggunaan teknologi berlebihan yang tiada sekatan, serta kurang kesedaran dalam penekanan kepentingan menjaga pola tidur yang sihat. Oleh itu, aplikasi Zentra dibangunkan sebagai Solusi digital inovatif terhadap individu untuk memahami, memperbaiki serta memantau corak tidur dengan lebih berkesan. Terdapat beberapa elemen di dalam aplikasi Zentra ini seperti pemantauan tabiat tidur dengan wujudnya jam pengera, kuiz kesedaran, panduan gaya hidup sihat dan aktiviti interaktif berkenaan corak tidur yang berkualiti. Secara tidak langsung, aplikasi Zentra ini berfungsi sebagai alat sokongan harian kea rah kesejahteraan fizikal dan mental yang sihat. Pembinaan aplikasi ini dilakukan di dalam Kodular.