NURUL SYIFA IRDINA BINTI SURYADI SYARIFUDDIN SMK PUTRAJAYA PRESINT 16 1
Projek ini bertujuan untuk membangunkan aplikasi Emergency Alert dengan menggunakan MIT Inventor yang membolehkan pengguna mengaktifkan fungsi kecemasan dengan menekan logo aplikasi Emergency Alert atau menggoncang telefon pintar. Persoalan kajian ini ialah adakah aplikasi ini dapat meningkatkan respons kecemasan dalam situasi darurat. Hipotesisnya ialah penggunaan aplikasi Emergency Alert akan mempercepatkan masa respons kecemasan iaitu selama 100 saat dan seterusnya menghantar lokasi pengguna kepada tiga nombor yang dicadangkan oleh pengguna dan pihak polis. Metodologi yang digunakan termasuk pengaturcaraan aplikasi menggunakan perisian MIT Inventor, Artificial Intelligent (A.I) iaitu Copilot dan perisian ibis paint. Ujian kebolehfungsian aplikasi Emergency Alert dan pengumpulan data oleh 10 orang responden kajian turut menunjukkan hasil yang positif. Hasil analisis menunjukkan peningkatan signifikan dalam masa respons kecemasan. Kesimpulan kajian ialah apps ini berkesan dalam meningkatkan keselamatan pengguna dan menjejaki keberadaan mereka melalui alamat dan peta lokasi yang dipaparkan.
Kata kunci: aplikasi Emergency Alert, kecemasan, MIT Inventor, keberadaan lokasi pengguna, peta lokasi