YS240: FlexiFence PJK : Inovasi Pagar Dinamik Untuk Pembelajaran Aktif

NARENTHEREN A/L PRABAKARAN SMK RAJA JUMAAT

VIC26 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 5 Views | 11 times | LS: 11.0
Like it? | Support them now!

FlexiFence PJK : Inovasi Pagar Dinamik untuk Pembelajaran Aktif merupakan satu inovasi kos rendah yang dibangunkan bagi meningkatkan aspek keselamatan, pengurusan ruang dan keberkesanan pelaksanaan (bagi aktiviti lompat pagar)- Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) di sekolah. Inovasi ini dihasilkan dengan kos hanya RM24 menggunakan bahan ringan, tahan lasak (paip PVC) dan mudah dipasang serta dialihkan mengikut keperluan aktiviti seperti latihan lompat pagar, latihan kecergasan, permainan kecil, aktiviti stesen dan pembelajaran terbeza. FlexiFence PJK berfungsi untuk aktiviti lompat pagar bagi mengurangkan risiko kemalangan. Reka bentuknya yang fleksibel membolehkan guru menyusun ruang secara sistematik, sekali gus meningkatkan penglibatan aktif murid. Inovasi ini juga mesra pengguna, mudah disimpan dan boleh digunakan berulang kali. Secara keseluruhannya, FlexiFence PJK menyumbang kepada persekitaran pembelajaran yang lebih selamat, tersusun, kondusif dan efisien dengan kos minimum serta impak maksimum.