NUR DHIYA QHAISARA BINTI NORSHAHRIZAT SEKOLAH KEBANGSAAN PAUH
Pengurusan sisa pepejal yang efektif merupakan cabaran utama dalam pembangunan bandar lestari. Masih ramai murid kurang pendedahan tentang cara pengasingan sampah dan kepentingan menjaga alam sekitar. Projek aplikasi android “SKePa Rangers: Eco Power to the Rescue!” menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan permainan (game-based learning). Aplikasi ini menggabungkan permainan interaktif dan nota serta video kesedaran untuk membantu pengguna belajar secara menyeronokkan. Dengan aplikasi ini, murid dapat memahami konsep kitar semula dengan lebih interaktif dan efektif. Aplikasi SKePa Rangers-Eco Power to the Rescue sangat interaktif dan menarik untuk semua golongan terutamanya murid-murid sekolah. Paparan antaramuka yang menarik dan comel, nota dengan fakta yang menarik serta permainan yang sangat menyeronokkan bukan sekadar untuk belajar, tapi pengalaman yang mengujakan. Projek ini sangat berpotensi untuk dikembangkan dan digunakan oleh semua terutamanya murid sekolah, kerana kesedaran menjaga alam sekitar perlu disemai dari bangku sekolah lagi. Justeru, kumpulan kami merancang untuk menghasilkan versi dalam bahasa Inggeris dan menambah lebih banyak permainan yang lebih mencabar dan menarik lagi. Untuk masa hadapan, kami bercadang untuk menyediakan modul Jejak Eco-friendly untuk mengesan aktiviti kitar semula di rumah dan di sekolah.. Ingat, bumi kita, tanggungjawab kita. Jadilah Wira Bumi sekarang!