SS2143: I-LOVE-YOU: Teknik Komunikasi Berkesan

Nur Syazliana Binti A Aziz Faculty Of Medicine & Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi MARA

Komunikasi yang kurang berkesan boleh menyebabkan salah faham dan konflik dalam perhubungan. Bagi membantu meningkatkan kemahiran komunikasi berasaskan kasih sayang dan empati, Teknik I-LOVE-YOU telah dibangunkan, merangkumi I-Statement, Listen Actively, Observe and Name the Emotion, Validation, Empathy dan Avoid YOU Statement. Seramai 28 responden telah menilai teknik ini dan menunjukkan tahap penerimaan yang sangat tinggi (min keseluruhan = 4.30/5.00). Responden mendapati teknik ini mudah difahami, praktikal dalam komunikasi dan pengurusan emosi. Contoh yang diberikan membantu responden memahami cara mengaplikasikan teknik ini dalam situasi sebenar dan menerima skor tertinggi, manakala komponen Validation merupakan elemen yang paling memberi kesan kepada pengguna.