YS2034: POP UP AQUAPONIC

NUR FAKHIRA ZAIDANI BT MOHD ZAKHIR SMK Tun Mutahir

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.1667 | 1 Likes | 6 Views | 26 times | LS: 27.2
Like it? | Support them now!

Inovasi pop-up akuaponik ini dibangunkan sebagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan konsep interaktif, kreatif dan lestari. Projek ini menggabungkan sistem akuaponik—gabungan akuakultur (ternakan ikan) dan hidroponik (penanaman tumbuhan tanpa tanah)—ke dalam model pendidikan berbentuk pop-up bersaiz besar. Inovasi ini menyasarkan pemahaman mendalam murid terhadap konsep kitar semula nutrien dalam ekosistem serta kaitannya dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), khususnya SDG 2 (Tiada Kelaparan), SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), SDG 12 (Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab) dan SDG 13 (Tindakan terhadap Perubahan Iklim).

Model pop-up ini dihasilkan menggunakan bahan terpakai seperti kotak, kertas terbuang, dan plastik kitar semula, sekaligus menggalakkan amalan lestari dalam kalangan murid. Kaedah persembahan tiga dimensi yang interaktif ini membantu meningkatkan minat dan kefahaman pelajar terhadap konsep STEM secara holistik. Di samping itu, inovasi ini turut memupuk kemahiran kolaboratif, penyelesaian masalah dan kreativiti dalam kalangan murid serta guru.

Secara keseluruhan, inovasi pop-up akuaponik ini bukan sahaja menyokong objektif kurikulum Reka Bentuk dan Teknologi serta Sains, malah turut memperkukuh pendidikan ke arah pembangunan mampan sejajar dengan aspirasi global SDG.