JS376: TriCool Patch: Stay Cool, Feel Fresh

Muhammad Ayaaz Amzar Bin Mod Aizad Sekolah Kebangsaan Ayer Merbau

VIC26 | Junior Scientist

CR: 0.2000 | 1 Likes | 5 Views | 1 times | LS: 2.2
Like it? | Support them now!

Projek ini membangunkan TriCool Patch, iaitu tampalan penyejuk semula jadi yang menggabungkan tiga elemen semulajadi  penyejukan berbeza dalam satu sistem hydrogel. Aloe vera berfungsi sebagai matriks hidrofilik yang mengekalkan kelembapan, timun menyumbang kandungan air tinggi untuk meningkatkan penyejatan haba, manakala daun pudina mengandungi menthol yang merangsang reseptor sejuk pada kulit. Formulasi ini digabungkan dengan agen pembentuk gel untuk menghasilkan tampalan yang fleksibel, mesra penguna dan mudah digunakan. Gabungan tiga elemen ini memberikan kesan penyejukan yang lebih lama dan konsisten. Inovasi ini menggabungkan konsep kimia bahan, bioaktif tumbuhan dan pembelajaran STEM, serta berpotensi sebagai kit pendidikan dan alternatif kos rendah untuk meningkatkan keselesaan dalam cuaca panas atau semasa demam.