MUHAMMAD IQRAM SYAKIL BIN MOHD ZAKUN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (MASALAH PEMBELAJARAN), SMK AMINUDDIN BAKI
TOOLBOT: Robot Pertukangan Pintar Masa Depan merupakan idea inovasi prototaip robot pintar yang direka untuk membantu kerja pertukangan dengan lebih selamat, tersusun dan efisien di rumah, sekolah dan bengkel. Robot ini dilengkapi skrin sentuh, butang tugasan, gripper, stor alatan, sistem modular driller/pemutar skru/cutter, pembesar suara dan roda bergerak. TOOLBOT beroperasi secara automatik melalui sentuhan atau arahan suara serta menggunakan teknologi AI yang membolehkannya memahami arahan, bertanya semula dan memahami pelbagai bahasa utama dunia. Ciri keselamatan seperti sensor bahaya, kunci keselamatan, lampu LED, peringatan audio dan emergency alert membantu mengurangkan risiko kemalangan pengguna. Inovasi ini menyokong penggunaan teknologi mesra alam.