ST1623: ELECTRICAL CABLE WRAPPING ( EC-WRAP )

AHMAD HIFSHAM IKMAL BIN AHMAD NAZMEE INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI PERDA (PERDA-TECH)

Pendawaian elektrik merujuk kepada sistem pemasangan kabel dan peralatan elektrik yang digunakan untuk menyalurkan tenaga elektrik dari sumber (seperti papan agihan) ke beban elektrik (seperti lampu, soket, kipas, dan mesin). Di dalam proses pendawaian tersebut, proses penarikan kabel merupakan antara proses terbesar di dalam melaksanakan pendawaian elektrik. Ianya akan mengambil masa yang lama bergantung kepada luas kawasan sesuatu projek pendawaian. Kabel yang diperolehi dari pembekal pada asalnya akan datang dalam bentuk gulungan yang dibaluti plastik sekeliling diameter gulungan.

 

Jika seseorang pendawai membuka balutan plastik tersebut, ianya boleh mengakibatkan kabel terurai dan boleh mengakibatkan kabel tersebut tersimpul antara satu sama lain. Kesan daripada situasi tersebut boleh mengakibatkan proses penarikan kabel semasa kerja-kerja pendawaian terjejas seterusnya menjejaskan tempoh masa pelaksanaan sesebuah pendawaian. Penghasilan Electrical Wiring Cable Wrapping dapat membantu mengatasi masalah kabel terurai semasa proses penarikan kabel. Ianya diperbuat daripada bahan febrik berkualiti tinggi, tahan lasak dan sesuai untuk digunakan pada saiz kabel perbagai diameter dan ukurlilit.