IZZAT FADHLI BIN HAMDAN SK NILAI IMPIAN
Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan ketepatan balingan bola menggunakan Stesyen Pintar dalam kalangan murid autisme. Subjek dalam kajian ini terdiri daripada 3 orang murid autisme di sebuah sekolah rendah yang menjalankan Program Integrasi. Mereka dipilih berdasarkan pemerhatian pengkaji semasa kelas Pendidikan Jasmani yang mendapati mereka lemah dalam membaling bola. Intervensi telah dijalankan sebanyak 3 sesi yang melibatkan 30 minit untuk satu sesi. Aktiviti intervensi memberi tumpuan dalam merangsang audio murid untuk meningkatkan fokus agar dapat membuat balingan dengan tepat menggunakan alat Stesen Pintar. Data kajian ini dikumpul melalui ujian pra/pasca dan ujian amali ketepatan hantaran serta pemerhatian. Hasil bandingan analisis data ujian pra dan ujian pasca bagi ujian ketepatan hantaran menunjukkan peningkatan sebanyak 27% bagi subjek A. Subjek B meningkat sebanyak 20% dan subjek C sebanyak 13%. Keputusan kajian telah menyokong dan menjawab persoalan kajian bahawa penggunaan alat inovasi Stesyen Pintar dapat meningkatkan ketepatan membaling bola dalam kalangan murid autisme.