YS1152: HERBA SAFE STRIP

NIK DANISH AQIEL BIN NIK SUKIMAN SMK DATO' AHMAD MAHER

VIC26 | Young Scientist

CR: 0.0588 | 3 Likes | 51 Views | 4 times | LS: 7.2
Like it? | Support them now!

Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan inovasi Herba Safe Strip (HSS), iaitu strip pengesan kandungan gula dalam minuman menggunakan bahan semula jadi seperti bunga telang dan kunyit. Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti obesiti dan diabetes. Oleh itu, inovasi ini dibangunkan bagi membantu pengguna mengenal pasti minuman yang mempunyai kandungan gula tinggi dengan mudah dan cepat. Strip ujian dihasilkan menggunakan kertas penapis yang direndam dalam campuran ekstrak bunga telang dan kunyit sebelum dikeringkan. Strip kemudiannya diuji pada beberapa jenis minuman. Hasil kajian menunjukkan berlaku perubahan warna yang berbeza mengikut tahap kandungan gula dalam minuman. Minuman bergula tinggi menghasilkan warna kuning kehijauan manakala minuman kurang gula mengekalkan warna biru muda. Inovasi ini murah, mudah digunakan, mesra alam dan sesuai diaplikasikan dalam pendidikan kesihatan sekolah selaras dengan SDG 3: Good Health and Well-being.