YS1386: TULANG PIRATE

CAMIE CHONG SHI CHING SMK PENRISSEN

VIC26 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 4 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Inovasi “Tulang Pirate” dibangunkan bagi membantu murid memahami tajuk Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan dalam Bab 6 Sains KSSM secara lebih interaktif dan menyeronokkan. Inovasi ini menggabungkan elemen permainan “Jumping Pirates” dengan pembelajaran berasaskan permainan bagi meningkatkan penglibatan murid semasa proses PdP. Permainan ini menggunakan kayu ais krim yang mengandungi pelbagai soalan berkaitan sistem sokongan manusia. Murid perlu mencucuk pedang pada tong lanun secara bergilir dan apabila lanun terkeluar daripada tong, murid tersebut perlu mencabut kayu ais krim dan menjawab soalan yang diperoleh. Kaedah ini dapat meningkatkan minat, daya ingatan serta pemahaman murid terhadap konsep sokongan manusia melalui suasana pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan. Selain itu, inovasi ini turut menggalakkan pembelajaran kolaboratif, komunikasi dan pemikiran kritis dalam kalangan murid.