I'ZZARA NUWAIRAH BINTI MOHD NAZIRU MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SELANGOR BAGAN TERAP, SABAK BERNAM
Projek inovasi ini bertujuan menghasilkan penyegar mulut semula jadi menggunakan bahan mudah didapati iaitu lemon, garam dan soda bikarbonat. Projek ini dihasilkan bagi membantu mengatasi masalah bau mulut yang sering dialami oleh masyarakat akibat kurang penjagaan kebersihan mulut dan pengambilan makanan tertentu.
Selain itu, produk penyegar mulut di pasaran kebanyakannya mengandungi bahan kimia dan dijual pada harga yang agak mahal. Produk ini dihasilkan dalam bentuk semburan yang mudah digunakan dan dibawa ke mana-mana.
Lemon digunakan untuk memberikan aroma segar, soda bikarbonat membantu mengurangkan bau mulut manakala garam membantu menjaga kebersihan mulut. Produk ini lebih mesra alam, murah dan menggunakan bahan semula jadi yang selamat.
Hasil projek menunjukkan bahawa penyegar mulut semula jadi ini mampu membantu menyegarkan nafas dan meningkatkan keyakinan pengguna. Projek ini juga berpotensi untuk ditambah baik pada masa hadapan dengan penambahan perisa atau aroma semula jadi yang lain.
Secara keseluruhannya, projek ini berpotensi meningkatkan mempunyai nilai komersial yang tinggi kerana memenuhi keperluan pasaran yang jelas dan berterusan.