ALEESYA DANIA BINTI MOHAMAD NAJMI SM SAINS PASIR PUTEH
BMuNOKA: INOVASI PEMBELAJARAN SUBJEK DAN PREDIKAT BAHASA MELAYU
Norasma Binti Mohd Salleh 1, Aleesya Dania Binti Mohamad Najmi 2,Nur Shieqa Afieqa Binti Mustaqi 3, Nur Asmawiyah Binti Ibni Wazir 4,Nur Aisyah Zafirah Binti Muhammad Zamri5
SM SAINS PASIR PUTEH
g-92105121@moe-dl.edu.my
________________________________________
ABSTRAK
BMuNokA merupakan sebuah inovasi pembelajaran bahasa Melayu yang dibangunkan untuk membantu pelajar menguasai konsep subjek dan predikat secara lebih interaktif dan menyeronokkan. Penguasaan kedua-dua unsur ayat ini amat penting dalam pembinaan ayat gramatis, namun pelajar sering berdepan kesukaran membezakan fungsi dan kedudukan subjek serta predikat akibat kaedah pengajaran yang terlalu bergantung kepada teori. Oleh itu, BMuNokA diwujudkan sebagai alternatif kreatif berbentuk permainan pendidikan bagi meningkatkan pemahaman dan minat pelajar. Terdapat tiga permainan utama dalam kit ini, iaitu UnoKitty, SignKitty dan MazeKitty. UnoKitty membolehkan pelajar membina ayat berdasarkan kad permainan yang disediakan bagi menguji kefahaman terhadap struktur ayat. SignKitty pula diinspirasikan daripada permainan rancangan aneka ragam, di mana pelajar perlu meneka perkataan menggunakan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM), sekali gus mewujudkan pengalaman pembelajaran yang lebih menarik dan pelbagai deria. MazeKitty memberikan cabaran berbentuk laluan berhalangan yang memerlukan pemain menyelesaikan tugasan subjek dan predikat sebelum mara ke peringkat seterusnya. Hasil penggunaan awal menunjukkan pelajar lebih bermotivasi, aktif, dan yakin dalam mengenal pasti subjek dan predikat. Guru turut melaporkan peningkatan pemahaman tatabahasa serta penglibatan pelajar yang lebih positif sepanjang sesi pembelajaran. Secara keseluruhannya, BMuNokA berpotensi menjadi bahan bantu mengajar yang efektif, sistematik dan sesuai digunakan dalam bilik darjah untuk meningkatkan penguasaan ayat Bahasa Melayu.
Keywords: Subjek, predikat, inovasi, permainan bahasa, BMuNokA