FREDERICA ZOE SEMA ANAK JOSEPH KUMBONG SMK PENRISSEN
“Q True & Dare” merupakan inovasi pendidikan berasaskan permainan yang dibangunkan untuk membantu murid memahami topik Bantuan Kecemasan dalam Sains KSSM Tingkatan 4. Permainan ini menggunakan gabungan kad soalan, kad dare dan dadu untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif, menyeronokkan dan berpusatkan murid. Melalui aktiviti permainan, murid dapat meningkatkan kefahaman tentang prosedur bantuan kecemasan, teknik rawatan awal dan tindakan yang betul semasa kecemasan berlaku. Selain meningkatkan penguasaan isi pembelajaran, permainan ini turut menggalakkan komunikasi, kerjasama dan pemikiran kritis dalam kalangan murid. “Q True & Dare” sesuai digunakan sebagai bahan bantu mengajar bagi meningkatkan minat dan penglibatan aktif murid dalam pembelajaran Sains.