MUHAMMAD ADAM SYAMIL BIN S.M KAMAL AHAMED SMK BANDAR TUN HUSSEIN ONN 2
Inovasi ini mempunyai objektif untuk menghasilkan sebuah alternatif baharu yang lebih murah dan selamat bagi perencah rasa umami iaitu Mononatrium glutamat atau MSG.Inovasi ini juga mengguna semula sisa makanan yang berlebihan sebagai bahan bagi pembuatan projek inovasi ini seperti kulit bawang,nasi dan ikan bilis agar dapat menjimatkan kos pembuatan dan mengurangkan sisa domestik.Inovasi ini disediakan melalui proses pengeringan,sangai dan pengisaran tanpa penambahan bahan kimia tambahan lain yang terdapat dalam MSG seperti bahan pengawet.Perubahan fizikal dan kimia bahan hasil daripada proses pemanasan akan menghasilkan aroma dan rasa umami secara semula jadi akibat pembebasan glutamat semula jadi yang berasal daripada bahan projek.Projek ini dapat dijadikan contoh aplikasi atau bahan daripada bab 6 silibus kimia tingkatan 4 yakni asid,bes dan garam.