YS1381: LINEAR BOWLING

BONG QIAN SHUI SMK PENRISSEN

VIC26 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 7 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Inovasi “Linear Bowling” merupakan permainan pendidikan berasaskan konsep daya dan gerakan dalam Bab 10 Sains KSSM Tingkatan 4. Permainan ini dihasilkan bagi membantu murid memahami konsep seperti daya, pecutan, inersia, momentum dan gerakan linear secara menyeronokkan serta interaktif. Murid perlu melaksanakan aktiviti menjatuhkan pin sambil menjawab soalan berkaitan konsep daya dan gerakan untuk memperoleh markah. Kaedah ini mampu meningkatkan penglibatan aktif murid dalam pembelajaran serta menggalakkan pembelajaran secara hands-on dan minds-on. Selain itu, permainan ini turut membantu meningkatkan daya ingatan murid terhadap fakta dan aplikasi konsep dalam kehidupan harian. Inovasi ini sesuai digunakan semasa PdP, aktiviti pengukuhan, pertandingan akademik dan pembelajaran abad ke-21 bagi meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sains.