MOHAMMAD ZHAREAN DANISH BIN SUHAINI SMK KINABUTAN 2
ABSTRAK
SEMAI Organic Potting Av merupakan media semaian yang bertujuan untuk menilai keberkesanan media semaian organik sebagai alternatif selain daripada media semaian konvensional yang disyorkan dalam dunia pertanian untuk pertumbuhan anak benih. Media semaian organik yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada campuran bahan-bahan semula jadi dari sisa buangan kilang sawit, kulit kuaci, arang, kulit telur, dan kotak telur. Penilaian dilakukan berdasarkan kajian sifat tanah iaitu daya memegang air, saliran, kandungan nutrien, pH tanah dan pertumbuhan anak benih dan keputusan kajian SEMAI Organic Potting AV setanding dan lebih baik dari Potting Mix John Innes yang digunakan secara konvensional. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa media SEMAI Organic Potting AV dengan nisbah 3:1:1 dapat memberikan pertumbuhan yang setanding dengan media semaian yang disyorkan Potting Mix John Innes iaitu media semaian 2:1:1, dengan percambahan bahan anak benih menunjukkan tempoh percambahan dan peningkatan tumbesaran yang ketara selain daripada rekabentuknya yang ringan dan mudah digunakan. Kajian ini telah ditambah baik berdasarkan respon pengguna daripada SEMAI Organic Potting kepada SEMAI Organic Potting Av dengan menambahkan saiz rpduk agar dapat meningkatkan kapasiti media, Peningkatan Nurtien, Peringkat kematangan serta kepelbagian tanaman serta saiz biji benih. Penggunaan media SEMAI Organic Potting AV adalah alternatif kerana lebih mesra alam, kos yang rendah dan berkesan sesuai untuk menyemai bagi menghasilkan pengeluaran tanaman makanan