JS1849: INOVASI LILIN AURA SPA

MUHAMMAD QAYYUM AL BUKHARI BIN AEZAMI SJKT MASAI

Pada masa kini, terdapat banyak isu dari aspek pengurusan sisa  yang jika tidak diuruskan dengan baik menimbulkan masalah pencemaran alam sekitar. Menurut Ghazali Alias (2023) dalam berita kosmo baru-baru ini menyatakan bahawa antara sebab berlakunya banjir kilat dan masalah penyakit bawaan nyamuk adalah kerana sistem perparitan tersumbat yang antaranya disebabkan oleh pembuangan minyak masak terpakai. Isu tersebut menjadi tujuan utama bagi kami menghasilkan Lilin Aura Spa ini yang dihasilkan berasaskan minyak yang terpakai. Bukan itu sahaja, lilin wangi ini turut menjadi permintaan orang ramai di pasaran kerana ia boleh menjadikan sebagai bahan hiasan yang merupakan sejenis terapi diri. Lilin Aura Spa ini dijual dalam harga yang mampu milik oleh semua kategori masyarakat. Minyak masak terpakai dan barang-barang yang boleh diguna semula digunakan untuk menghasilkan lilin. Ini memanfaatkan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) serta murid-murid yang lain dengan memperolehi ilmu tentang penghasilan produk secara inovatif dan kreatif dalam kos yang rendah. Secara tidak langsung, Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) kita dapat memeroleh ilmu dalam menghasilkan produk dan berniaga pada masa akan datang dengan menggunakan strategi perniagaan yang mantap.