ST667: SMART CHECKER FOR BRICKWORKS

WARDATUL AMIRAH BINTI AHMAD KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI ABU ZAHAR ISNIN

Abstrak

Smart Checker for Brickworks merupakan satu inovasi yang dihasilkan bagi menggantikan penggunaan peralatan bagi mengukur ketepatan ketegakan dan kepersegian bata yang konvensional. Peralatan konvensional menggunakan pelbagai alat yang menjadi pemangkin kepada suasana yang tidak kemas dan teratur. Tambahan pula, dengan kepelbagaian peralatan yang digunakan untuk mengukur ketegakan dan kepersegian kerja bata maka masa untuk membuat pemeriksaan juga bertambah. Oleh yang demikian,  Smart Checker for Brickworks direka bentuk bertujuan untuk memastikan masa yang diambil untuk pemeriksaan menjadi pendek dan mengekalkan ruang yang lebih kondusif dan selamat. Kaedah penghasilan sesebuah Smart Checker for Brickworks adalah dengan menggabungkan sebatang besi boleh laras bersama spirit level dan dikemaskan bersama bolt and nut sehingga gabungan tersebut menjadi satu produk yang boleh terus digunakan untuk membuat pemeriksaan kerja bata. Kesimpulannya, produk ini mampu menyumbang kepada penjimatan masa, ruang penstoran dan dapat menjamin kawasan kerja yang lebih baik dan selamat.

Kata Kunci: Smart, Kondusif, Penjimatan