YS2132: SCHEDULING TABLE 2.0

SHARIFAH ARINATASYA BINTI SYED MOHD RIZUAN SMA MAAHAD AL-AZIZ

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 5 Views | 18 times | LS: 18.0
Like it? | Support them now!

Kemahiran mewakilkan maklumat dalam bentuk rangkaian adalah salah satu kemahiran tajuk Rangkaian dalam Teori Graf yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Matematik Tingkatan Empat. Data Pentaksiran Bilik Darjah menunjukkan bahawa seramai 10 orang murid tingkatan empat tidak dapat mewakilkan maklumat dalam bentuk rangkaian. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mewakilkan maklumat dalam bentuk rangkaian bagi murid tingkatan empat dan menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran guru bagi tajuk Rangkaian dalam Teori Graf dengan menggunakan Scheduling Table 2.0. Projek inovasi Scheduling Table 2.0 dibangunkan berpandukan model MICUP. Model MICUP merangkumi lima fasa iaitu pengenalpastian masalah, penjanaan idea inovasi, penciptaan produk, pengujian produk dan penjenamaan produk. Kajian ini dijalankan dengan penglibatan kumpulan sasaran seramai 10 orang murid tingkatan empat SMA Maahad Al-Aziz. Kaedah pengumpulan data menggunakan ujian diagnostik dan soal selidik yang dianalisis secara deskriptif serta temu bual yang dianalisis secara tematik. Dapatan kajian mendapati kemahiran mewakilkan maklumat dalam bentuk rangkaian dalam tajuk Rangkaian dalam Teori Graf bagi murid tingkatan empat dapat ditingkatkan secara ansur maju apabila mengikuti aktiviti yang dirancang. Pelaksanaan Scheduling Table 2.0 yang menerapkan pembelajaran berasaskan projek dapat menggalakkan murid mempelajari sesuatu melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Justeru, murid dapat melihat perkaitan pewakilan maklumat dalam bentuk rangkaian melalui situasi kehidupan sebenar. Scheduling Table 2.0 mengalami sedikit perubahan berbanding versi sebelumnya. Scheduling Table 2.0 dilengkapi dengan pembantu maya atau agen AI yang membantu murid  bertanya soalan berkaitan Secheduling Table dan tajuk Rangkaian dalam Teori Graf pada chatbot dan mendapatkan jawapan segera tanpa perlu menunggu guru. Scheduling Table 2.0 juga dapat membantu menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran guru dalam tajuk Rangkaian dalam Teori Graf secara interaktif serta dijadikan panduan dan rujukan kepada guru yang lain.

 

Kata Kunci: Teori Graf, Rangkaian, Tingkatan Empat, Pembelajaran Berasaskan Projek, Kehidupan Sebenar