MOHD FAIRUZ BIN JAMALUDDIN Kolej Poly-Tech MARA Bangi
E-industri KPTM merupakan idea inovasi yang direka untuk memudahkan proses mencapai, merekod, serta mengemaskini maklumat pelajar-pelajar latihan industri di seluruh cawangan Kolej Poly-Tech MARA. Ini kerana proses yang sedia ada, menggunakan kaedah manual yang kadangkala menyebabkan berlakunya kecuaian dan kesilapan terutamanya daripada pihak pelajar. Justeru, inovasi ini mencadangkan satu sistem khusus yang menyelaras hal-hal berkaitan dengan latihan industri pelajar di seluruh KPTM yang boleh diakses mengikut cawangan masing-masing. Oleh yang demikian, idea inovasi ini diharapkan dapat membantu semua pihak yang terlibat khususnya para pelajar. Dalam masa yang sama menjadikan KPTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang memiliki sistem pengurusan serta pentadbiran yang mampu berdaya saing dengan IPT hebat yang lain.