YS1290: BEPANG SAVURI

KHAIREEN ADRIANA BINTI KHAIRUL ARIFFIN KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 2 Views | 6 times | LS: 6.0
Like it? | Support them now!

Bepang savuri  sedia ada di pasaran lazimnya diproses menggunakan bahan utama seperti bertih beras dicampurkan dengan bahan-bahan lain seperti gula,garam  cili kisar kacang tanah  sebagai penambah rasa. Bertih beras yang digunakan dalam bepang saya  dipenuhi ,  dengan protein & fosforus. Bertih beras adalah "bijirin,"bermakna ia merupakan sumber serat pemakanan. Malahan 1 cawan mempunyai 1.3 gram serat. Bijirin mempunyai kepekatan antioksidan berbanding buah-buahan & sayur-sayuran. Bijirin adalah tinggi dalam asid fenolik antioksidan yang mana lebih mudah untuk badan menyerapnya. Membantu menghindari kelaparan. Bertih beras adalah makanan ringan yang boleh mengenyangkan. Bertih beras kebanyakannya lempung dengan udara yang menjadikan ia sangat berkesan untuk mempercepatkan rasa kenyang & mengelak keinginan kelaparan tanpa merosakkan diet. Saya  telah menghasilkan produk Bepang Savuri yang menggunakan bertih beras sebagai bahan utama dan tambahan bahan-bahan berkhasiat lain. Kajian ini dijalankan di Kolej Vokasional Sungai Petani 2 (KVSP2)dan mengambil masa kira-kira sebulan .Kaji selidik penerimaan rasa dijalankan ke atas 32 responden daripada kalangan warga KVSP2. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif (soal selidik) dan analisis min digunakan untuk menganalisis data. Keputusan daripada 32 responden menunjukkan min yang diperolehi adalah 4.28 iaitu berada dalam skor tinggi  yang mana menunjukkan bahawa produk ini diterima baik oleh warga Kolej Vokasional Sungai Petani 2.