YS1297: PAHITIK

WALEEQ ABBAS BIN SHAMSOYADI SMK DATO' AHMAD MAHER

Serangan aphids merupakan antara masalah utama dalam sektor pertanian kerana serangga ini menyerang pucuk dan daun muda sehingga menyebabkan pertumbuhan tanaman terbantut serta menurunkan hasil tanaman. Penggunaan racun serangga kimia secara berterusan pula boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan manusia, alam sekitar dan serangga bermanfaat. Oleh itu, satu inovasi penghalau aphids semula jadi telah dibangunkan menggunakan gabungan daun betik, bawang putih dan cili sebagai bahan utama. Daun betik mengandungi enzim dan sebatian pahit yang tidak disukai serangga, manakala bawang putih dan cili bertindak sebagai agen penghalau semula jadi melalui kandungan allicin dan capsaicin. Metodologi kajian melibatkan proses pengisaran, penapisan, pemeraman dan pencairan bahan sebelum dijadikan semburan tanaman. Produk ini diuji pada tanaman sayuran dan menunjukkan potensi dalam mengurangkan kehadiran aphids tanpa merosakkan tanaman. Inovasi ini bersifat mesra alam, kos rendah, mudah dihasilkan serta selamat digunakan dalam amalan pertanian organik. Penghasilan produk ini diharapkan dapat mengurangkan kebergantungan kepada racun kimia serta menyokong pertanian lestari.