YS1303: Baked  Sisso  Spinach  Crisp 

Nur Adlina Binti Sharizal KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 1 Views | 9 times | LS: 9.0
Like it? | Support them now!

Idea menghasilkan  snek  Baked  Sisso  Spinach  Crisp  ini  merupakan  satu inovasi menambahbaik dan memvariasikan produk  seumpamanya  seperti  baked  seaweed  crisp berasaskan  rumpai  laut  seperti  yang  terdapat  di  pasaran. Snek berasaskan  bayam Brazil ini  dihasilkan dengan kaedah bake crisp menggunakan ‘hot air oven’ yang dapat menyeragamkan suhu pada permukaan crisp agar masak dengan sekata. Selain itu juga teknik memasak ini dapat mengawal kelembapan dan tekanan pada crisp agar snek yang dihasilkan mempunyai tekstur, warna, rasa, aroma dan rupa yang dikehendaki. Snek sihat ini tidak menggunakan minyak, bahan  perasa dan  pewarna tambahan. Bayam Brazil  kaya dengan  sumber  vitamin  dan  mineral  yang  memberi  manfaat  kepada kesihatan. Proses  penghasilan  snek  ini  telah  memberi  impak  kepada  fizikal  sensori  dari  segi tekstur, aroma, rasa dan warna produk.  Fokus sasaran produk ini ialah  golongan yang kurang gemar mengambil sayuran dalam diet harian. Hasil tinjauan kajian  yang dikumpul melalui maklum  balas  daripada  100  responden mendapati majoriti  bersetuju  bahawa  produk  ini ranggup mempunyai rupa, bentuk dan kesesuaian rasa yang baik serta berpotensi untuk dikomersialkan  di  pasaran.  Kesimpulannya,  produk ini  dapat  menambah  variasi  baked crisp di pasaran dan dapat mengetengahkan bayam brazil sebagai snek sihat yang sedap.