Iman Nuraisyah Binti Muhammad Amirul Shawal Sekolah Kebangsaan Kampung Muhibah
Happy planet merupakan satu projek inovasi yang direka khas untuk pelajar di peringkat sekolah rendah, tadika dan pendidikan khas dalam mengenali dan mempelajari lapan planet utama dalam sistem suria kita dengan cara yang lebih menyeronokkan dan kreatif.
Dalam projek “Happy Planet” ini, ia dilengkapi dengan kotak misteri dan kotak planet. Kotak misteri ini direka untuk menyimpan hadiah atau ganjaran. Kaedah butang tekan (push button) digunakan untuk membuka pintu kotak misteri yang pastinya akan menimbulkan rasa keterujaan pelajar yang menekannya.
Kotak planet pula direka dalam bentuk suai padan supaya pelajar dapat mengasah minda dan belajar sambil bermain. Ia juga dilengkapi dengan buzzer dan lampu sekiranya padanan dipadankan dengan betul.
Happy planet ini boleh dijadikan sebagai model pengajaran bagi para guru dalam menyampaikan topik mengenai sistem suria dan menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan.