JS772: IQRA MICROSITE

Harith Umar Bin Mohd Khairul Aizuddin SK KAMPONG SELAMAT

VIC26 | Junior Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 3 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Iqra Microsite berlandaskan SDG ke4 iaitu Quality Education. Iqra Microsite memberi peluang kepada murid-murid yang lemah dari pelbagai lapisan usia untuk mempelajari teknik bacaan iqra dan memantapkan bacaan mereka.

Hal ini dapat dicapai kerana iqra digital ini mudah diakses dan menyediakan suara pada setiap petikan iqra. Iqra ini menyediakan paparan yang menarik dan sesuai dengan jiwa kanak-kanak untuk menarik minat mereka dalam membaca iqra. Murid di sekolah terutamanya dapat memanfaatkan inovasi ini dengan bantuan Smart Tv yang terdapat di setiap kelas di sekolah dan 37 buah Tablet sumbangan  Zakat Negeri Pulau Pinang. 

Jelaslah bahawa inovasi ini dapat memberi pendekatan yang baik dalam memperbaiki dan menaiktaraf  acaan iqra kanak-kanak.