Hasan Zakiy Bin Zulkifly SEKOLAH RENDAH ISLAM AL AMIN KERAMAT
Ramai pelajar dan individu daripada pelbagai peringkat umur terlalu fokus dengan pembelajaran serta tugasan harian sehingga terlupa untuk memastikan pengambilan air yang secukupnya. Kurang minum air boleh menyebabkan tubuh menjadi kurang cergas dan menjejaskan prestasi aktviti harian. Model ini direka untuk menjadi satu sistem peringatan (reminder) kepada pengguna, terutamanya pelajar, bahawa sudah tiba masanya untuk minum air. Ini bagi memastikan tubuh kekal hidrat dan bertenaga. Keunikan model ini direka dengan menggunakan Arduino Uno,Push button 3 pin, Paparan 4 digit 7 segment (TM1637) dan Buzzer. Model ini juga bersifat universal dan mudah digunakan oleh sesiapa sahaja. Kesimpulannya produk ini, berpotensi meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan pengguna. Ia boleh dikomersialkan sebagai alat bantu harian yang menyokong gaya hidup sihat secara konsisten.