IZZ QASHID BIN MOHAMAD SHADIQ SMK BANDAR TASIK PUTERI
Penyakit batu karang merupakan masalah kesihatan yang tinggi di Asia dengan kadar 10% hingga 20%, termasuk Malaysia yang mencatat prevalen sekitar 10 hingga15% dengan nisbah lelaki kepada perempuan 2:1. Penyakit ini berpunca daripada pembentukan kristal garam galian dalam sistem urinari. Golongan berumur 35 hingga 45 tahun berisiko tinggi menghidapinya. Salah satu rawatan alternatif ialah penggunaan herba Strobilanthes crispa atau daun pecah kaca yang membantu melarutkan batu karang dan mencuci buah pinggang. Inovasi CrispaTea diperkenalkan bagi memudahkan penyediaan minuman herba ini secara praktikal. Inovasi ini juga menyokong SDG 3, iaitu Good Health and Well-being, dalam meningkatkan kesejahteraan kesihatan masyarakat.