WAN AQEEL RAYYAN BIN WAN AZIRUL NIZAM SMK SERI SEPANG
Projek yang dijalankan ialah penapis air mudah alih daripada bahan kitar semula.
Projek ini menggunakan botol plastik, pasir, arang, dan batu kecil sebagai bahan penapis.
Cara ia berfungsi ialah air kotor akan dituang dari atas botol. Air tersebut akan melalui beberapa lapisan penapis.
Lapisan batu kecil menapis kotoran besar.
Lapisan pasir menapis kotoran yang lebih halus.
Lapisan arang pula membantu menyerap bau dan warna dalam air.
Akhir sekali, air yang keluar menjadi lebih bersih daripada air asal.
Projek ini juga membantu mengurangkan penggunaan plastik melalui kitar semula dan boleh digunakan semasa kecemasan atau kawasan yang kekurangan air bersih.