YS1796: CUKAI JUALAN DAN PERKHIDMATAN

Ahmad Afif Asyraf Bin Rosdi SMK SANDAKAN

VIC26 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 2 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Perlaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan atau Good and Service Tax (GST) ialah sebuah inovasi dalam bentuk video pendek yang bertujuan untuk memudahkan pemahaman murid terhadap konsep cukai jualan dan perkhidmatan dalam subjek Matematik Tingkatan 5. Inovasi ini bertetapan dengan matlamat SDG 4: “Quality Education”, yang menekankan kepentingan Pendidikan berkualiti dan penglibatan aktif pelajar. Kaedah konvensional dalam pengajaran topik percukaian sering mengambil masa yang lama dan membataskan peluang murid untuk berfikir secara kritis. Justeru, inovasi GST diperkenalkan dengan menggunakan pendekatan lakonan video yang berasaskan kreativiti murid. Melalui kaedah ini , murid diberi peluang untuk meneroka, merancang dan melakonkan situasi berkaitan cukai jualan dan perkhidmatan dengan lebih jelas dan bermakna. Video ini dihasilkan sepenuhnya oleh murid-murid dengan bimbingan guru dan boleh digunakan semula sebagai bahan bantu mengajar dalam sesi PdPc. Kelebihan GST ialah ia bukan Sahaja menjimatkan masa pengajaran guru, malah mampu meningkatkan kefahaman murid secara visual dan interaktif. Selain itu, inovasi ini juga menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan dan bersifat murid sebagai pemilik pembelajaran. Impak positif daripada inovasi ini ialah peningkatan minat murid terhadap topik percukaian, penglibatan aktif dalam bilik darjah serta pencapaian akademik yang lebih baik. Inovasi ini sesuai diperluaskan ke seluruh sekolah menengah sebagai alat bantu mengajar yang berkesan dan mudah dilaksanakan. Pendek kata, “tak kenal maka tak cinta, tak faham maka tak minat,”- GST hadir untuk menjambatani jurang itu dalam Pendidikan abad ke-21.