NURUL AISYA BINTI KAMALUDDIN SM SAINS PASIR PUTEH
Aplikasi interaktif seperti permainan mudah alih, laman web pendidikan, dan perisian komunikasi telah menjadi medium
utama penyampaian maklumat dan interaksi pengguna. Namun, kewujudan kesalahan bahasa yang berleluasa dalam aplikasi ini
boleh menjejaskan citra bahasa Melayu dan tahap kefahaman pengguna. Kajian ini bertujuan untuk meninjau jenis-jenis kesalahan
bahasa yang lazim ditemui dalam aplikasi interaktif dan menganalisis kesannya terhadap persepsi pengguna terhadap bahasa
Melayu. Melalui kaedah analisis kandungan dan temu bual berstruktur, data diperoleh daripada 10 aplikasi popular dalam kalangan
pelajar sekolah menengah. Dapatan menunjukkan berlakunya kesalahan dari segi tatabahasa, ejaan, dan penggunaan istilah asing
yang tidak disesuaikan. Implikasi kajian ini menyarankan keperluan garis panduan linguistik dalam pembangunan aplikasi dan
pentingnya kerjasama antara pembangun perisian dan pakar bahasa. Kajian ini juga membuka ruang untuk pembangunan alat semakan bahasa automatik dalam aplikasi interaktif sebagai langkah pembaikan jangka panjang.