NUR SYAFIAH NASUHA BINTI AHMAD BAKHTIAR SEKOLAH KEBANGSAAN TITI GANTONG
BioTiG merupakan sabun pencuci tangan menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti bunga telang, madu kelulut, aloe vera serta bahan terpakai seperti minyak masak dan hampas kelapa. Projek ini menyokong amalan kitar semula serta menggalakkan penggunaan produk semula jadi yang selamat kepada kesihatan dan alam sekitar. Melalui kaedah pemerhatian, eksperimen dan soal selidik, sabun ini dihasilkan dan diuji dari aspek keberkesanan, bau, tekstur, kelembutan terhadap kulit dan tahap penerimaan pengguna. Dapatan kajian menunjukkan sabun BioTiG mendapat sambutan positif dan berpotensi dikembangkan sebagai produk inovatif. Secara keseluruhannya, sabun BioTiG membuktikan bahawa inovasi berasaskan sumber tempatan dan terpakai mampu menghasilkan produk yang berguna, selamat dan bermanfaat kepada masyarakat.